Fungsi Unit Kewangan
Mengurus dan mengawal belanjawan yang meliputi menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
Mengurus kewangan am yang meliputi pengurusan, Penyelenggaraan dan memantau panjar wang runcit, mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer dan mengurus keselamatan peti besi atau bilik kebal di mana wang awam dan barang bernilai disimpan..
Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK).
Menjadi urus setia Jawatankuasa Perolehan dan urus setia Jawatankuasa Sebut Harga.