Apakah itu Hospital Kluster?

Konsep Hospital Kluster melibatkan gabungan sekurang-kurangnya satu hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar di dalam kawasan geografi yang sama membentuk satu entiti. Perkongsian sumber di kalangan hospital misalnya sumber manusia, peralatan, fasiliti dan lain-lain dapat memastikan penggunaannya dapat dioptimumkan.

 

Perkhidmatan Hospital Kluster Kelantan Utara dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II sebagai Lead Hospital dilaksanakan  pada Januari  2018 melibatkan kepakaran Kecemasan &Trauma, Nefrologi dan Medikal.

Show Buttons
Hide Buttons