• style Blue style Red style Green A++| A| a-- English
     
  • Home / Piagam Pelanggan

    PIAGAM PELANGGAN BAGI PERKHIDMATAN BARISAN HADAPAN

    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti

    • 1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut;

                   Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat serta-merta

                   Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15 minit

                   Lain-lain kes ( Zon Hijau ) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit

    • 2. Perkhidmatan klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan /atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
    • 3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan
    • 4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
    • 5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan

    PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL

    1.           Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan yang berkualiti tanpa mengira umur, keturunan, agama dan taraf sosioekonomi.

     

    2.           Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang terdapat di hospital ini akan dirujuk ke pusat yang sesuai.

     

    3.           Setiap pelanggan akan dilayan dengan hormat dan bersopan-santun.

     

    4.           Setiap pesakit akan diberi jaminan dan maruahnya akan dipelihara semasa menerima rawatan.

     

    5.           Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak-pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang

     

    6.           Setiap pesakit berhak mendapat penerangan mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risikonya dan pilihan yang lain.Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk

    a. Mematuhi peraturan jabatan

    b. Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab

     

    Recommend this page to a friend! Prepare to print