• style Blue style Red style Green A++| A| a-- English
     
  • Home / Perutusan Pengarah

         

     Assalamualaikum.

    Salam sejahtera kepada semua para pengunjung ke Laman Web Hospital Pasir Mas. Melalui laman ini kami akan memberi maklumat tentang hospital, perkhidmatan yang disediakan juga maklumat perubatan am untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan.

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung kerana sudi melayari Laman Web Hospital Pasir Mas, Kelantan. Laman web merupakan satu daripada sumber maklumat yang penting dan mewujudkan hubungan antara satu sama lain secara domestik atau global selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang melangkaui batas sempadan.

    Dengan ini diharapkan maklumat yang disampaikan dapat tersebar lebih jauh lagi. Sekiranya ada sebarang teguran, pandangan dan saranan bagi memperbaiki lagi kandungan laman web ini, bolehlah diajukan kepada Webmaster Hospital ini demi meningkatkan lagi kualiti maklumat yang dimuatkan.

    Selamat melayari Laman Web Rasmi Pasir Mas. Kami mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web rasmi Hospital Pasir Mas dan semoga ia dimanafaatkan sebaik-baiknya. Sekian.


     

    Dr. Mohamed Sanusi Bin Mat Rifin
    Pengarah Hospital Pasir Mas,
    17000, Pasir Mas, Kelantan.

     

     

     

     

     

    Recommend this page to a friend! Prepare to print