• style Blue style Red style Green A++| A| a-- English
     
  • Home / HPM Sepintas Lalu
    HPM Sepintas Lalu
     
    Majlis Perasmian Hospital Pasir Mas telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra 
    Hospital Pasir Mas telah dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985. Perkhidmatan Pesakit Luar telah dimulakan pada 14hb. September 1985. Manakala Perkhidmatan Pesakit Dalam pula dimulakan pada 10hb. Mac 1986.

    Pembukaan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 3 Mei 1986 bersamaan dengan 24 Syaaban 1406 Hijrah. Pembukaan Hospital ini adalah bagi menampung keperluan penduduk yang sebelum ini bertumpu di Klinik Kesihatan yang terletak di Pekan Pasir Mas. Manakala rawatan pesakit Dalam pula bertumpu ke Hospital Besar Kota Bharu.


    Hospital Pasir Mas terletak di Kampung Lati, 5 km. Dari bandar Pasir Mas di atas tapak seluas 43.3 ekar yang merupakan Hospital yang paling luas di Kelantan. Hospital ini dihubungkan dengan dua jalan raya utama iaitu jalan Pasir Mas – Tanah Merah dan jalan Pasir Mas – Rantau Panjang.

    Selepas 18 tahun Hospital Pasir Mas ini wujud, masih dikenali sebagai Hospital Lati dikalangan penduduk tempatan. Walaupun terletak 5 km. dari Bandar Pasir Mas, penggunaan Hospital oleh penduduk tempatan adalah sangat baik. Hospital ini telah mengalami perubahan besar seperti pada tahun 1997, perkhidmatan sokongan telah diswastakan dan pada tahun 1998, jabatan pesakit luar telah dipindahkan ke bawah Pentadbiran Kesihatan dan pada tahun 1999 jabatan pesakit luar dipindah ke Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas. Hospital Pasir Mas terus berkembang dari segi bilangan anggota, peralatan dan perkhidmatan kepada pesakit.

    Hospital ini memberikan perkhidmatan primer dan sekunder kepada lebih dari 150,000 orang penduduk di Jajahan Pasir Mas yang terdiri daripada 50 buah mukim. Hospital ini terdiri daripada 6 Blok Wad, 2 Blok Asrama, Blok Pesakit Luar dan Unit Kecemasan, Blok X-Ray/Pathologi/Dewan Bedah, Blok Dapur, Blok Stor Integrasi, Blok Dobi, Blok Rumah Mayat, Balai Pelawat, Kantin Masjid dan Blok-blok Perumahan kakitangan. Hospital ini juga memberikan perkhidmatan kepada 7 buah Pusat Kesihatan, 23 Klinik Desa dan 10 Klinik Swasta.

    Kedudukan yang berhampiran dengan negara jiran menyaksikan ramai warga negara asing mendapatkan perkhidmatan yang diberikan.
    Recommend this page to a friend! Prepare to print