• style Blue style Red style Green A++| A| a-- English
     
  • Home / Kadar Bayaran Wad

    Soalan Lazim

    1.

    Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ? 

     

    Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.

     

    2.

    Berapakah caj kemasukan  hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?

     

    Bagi warganegara caj kemasukan Kes Perubatan adalah sebanyak RM 3 dan untuk kes Sakit Puan (bersalin) adalah RM 10. Manakala bagi bukan warganegara adalah seperti berikut:

    Deposit/Cagaran Warga Asing :

    • Cagaran Bersalin-RM 800
    • Cagaran kemasukan wad - RM 400

    Caj bayaran Kes Perubatan dan Sakit Puan 

    • Bersalin (SVD) - RM 2593
    • Caj Wad -RM160
    • Caj Rawatan - RM 100

     

    3.

    Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?

     

    Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pengecualian boleh dipertimbangkan bagi warga negara yang tidak mampu manakala warga negara asing TIDAK LAYAK pengecualian.

     

    4.

    Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

     

    Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

     

    5.

    Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?

     

    Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)

     

    6.

    Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?

     

    Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

     

    7.

    Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

     

    Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina  

     

    8.

    Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

     

    Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.

     

     


     

    Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi :

    Unit Hasil,Hospital Pasir Mas

    Recommend this page to a friend! Prepare to print